Thursday, 23 February 2012

Hanya Diriku


Perlukah aku merubah diri ini agar dia  bisa menerima aku dalam  kehidupannya?
Perlukah aku berubah untuk menjadi seperti hawa yang diimpikannya?
Perlukah aku berubah hanya kerana aku mencintainya?
Perlukah untuk aku melakukannya?

Tidak ku tahu dimana kurangnya akan diriku....
aku seorang perempuan yang baik..walaupun terkadang kesilapan dan dosa tidak
lari dari diriku yang bernama manusia...
aku seorang perempuan yang berbudi bahasa..walaupun terkadang cara perkapanku ketika
bergurau senda mungkin sedikit terkasar...
aku seorang perempuan yang menjaga kelakuanku ...walaupun terkadang sikapku berubah
ketika sedang marah ...tapi bukankah itu fitrah pada setiap manusia?
aku seorang perempuan yang ada paras rupa..walaupun wajahku bukanlah secantik 
para artis dan pelakon wanita di kaca televisyen..
aku seorang perempuan yang menjaga cara pakaianku....walaupun aku tidak bertudung
namun aku berpakaian sopan dalam menutupi tubuhku dengan baik..
Entah dimana kesilapan dalam diriku..
Engkau tidak ingin menerima diriku jika aku tidak berubah menjadi seperti yang engkau inginkan..
bukankah setiap insan dimuka bumi Allah ini tidak semuanya sempurna...

Aku silap selama ini dalam mengenali dirimu...
sangkaanku meleset jauh sama sekali..
kiranya aku menerima dirimu seadanya ..dan kiranya engkau juga sebaliknya...
tapi ternyata semalam engkau telah menyatakan..
bahawa engkau tidak akan mengambil aku menjadi permaisuri dalam hidupmu..
kerana aku bukanlah seperti Hawa yang engkau impikan selama ini...
Lantas tidak juga engkau tawarkan untuk membimbingku menjadi lebih baik
tetapi hanya kau nyatakan bahawa aku bukanlah ditakdirkan untukmu..

Kusangkakan panas sehingga kepetang..
rupanya hujan ditengahari..
kusangkakan aku adalah insan yang ingin kau sunting..
rupanya  selama ini ku bermimpi disiang hari..

Aku pasrah dan akur dengan permintaanmu
tapi itu tidak bermakna akan aku turuti kemahuanmu...
kerana aku tidak akan berubah hanya kerana ingin hidup bersamamu
kerana aku yakin satu masa nanti jika engkau pergi meninggalkan aku..
sudah tentu aku akan kembali ke diriku yang dulu..
dan sudah tentu aku akan persoalkan akan pengorbananku untuk hidup bersamamu...

Mungkin bukan aku tidak layak untuk hidup bersamamu..
tapi dirimu bukanlah insan yang terbaik untuk hidup bersamaku..
aku hanya bisa menerima insan yang bisa menerima diriku seadanya
sebagaimana aku menerima dirinya seadanya...
perubahan dalam merubah diri menjadi yang lebih baik setiap insan inginkannya
namun perubahan itu harus dilakukan bukan untuk insan lain..
tapi perubahan itu harus kerana diriku sendiri dan kerana DIA Yang Maha Esa..

Sebuah Nukilan  Oleh CAA
Lots Of  Love
-Citra Angrini Alam-
***Hasil Nukilan sendiri dan tidak dibenarkan untuk copy.







1 comment:

Anonymous said...

iatudsebaik baik manusia, ada juga kejahatanya, dan sejahat-jahat manusia ada juga kebaikanya. tiada yg sempurna... kita serba kekurangan... sbb itu kita dijadikan berpasang pasangan untuk saling melengkapi untuk jd sempurna...