Jam da kul 2.30 pagi..
walaupun pagi ni aku harus bekerja seawal 7 pagi, namun entahlh kenapa mata ni terlalu degil untuk terpejam.. ligat benar fikiranku malam ini untuk mencurahkan cerita hatiku dalam blog ini , walaupun sudah sekian lama aku menyepikan diri..
menghadap notebook dan desktop dirumah hampir seharian ini memberikanaku sedikit ketenangan dihari aku bercuti selama sehari dari bekerja..termenung aku seketika mengimbau kenangan2 tahun lepas , arghh terlalu banyak yang pahit utk ku ingati..akhirnya aku padam ia sekelip mata..utk apa aku mengingati kisah2 silam yang pahit jika kenangan manis itu lebih baik utk dikenang walaupun ia sekecil kuman..namun ia tetap manis utk dikenang..
Tak dapat aku nafikan begitu lama aq menyepikan diri dari bergaul
dengan rakan2 difacebook mahupun diluar..entahlah, mungkin aku mencari waktu
yang sesuai untuk menyesuaikan diri bagi keadaan diriku ini yang masih 'baru' lagi..
Bagaikan mimpi tiap kali aku memikirkan semua itu, namun walau pahit
macam mana sekalipun ia tetap kenyataan yang harus aku terima..
satu yang aku semakin pasti..aku merindukan diriku yang dulu..
walau acap kali aku mencuba untuk menerima keadaan dan kehidupan yang baru namun
jauh disudut hati , pintu hati aku tertutup rapat untuk menerima ...sukar kan..
tapi hanya yang merasakan dan mengalami keadaan mcm mana yang aku alami ni akan mengerti dengan sebenar2 pengertian..
Kadangkala apa yang kita nampak diluar, tidak sama dengan apa yang ada didalam..
itulah gambaran utk diriku saat ini..diluar aku menjadi seorang yang cuba menceriakan suasana sekeliling..namun hakikatnya hanya Allah s.w.t. bagaimana
hati dan jiwa ini sebenarnya.. bukan niat untuk menjadi hipokrit atau 2 personaliti..tapi aku rasa tidak wajar untuk aku mempamerkan kesedihanku kepada insan2 disekeliling yang cuba untuk menikmati kegembiraan yang ada..
aku bersyukur atas kehidupan yang aku jalani sekarang...aku merasa tenang walaupun
bersendirian..dan perkara itu tidak menghalang aku untuk meneruskan rutin harian hidupku seperti biasa..apabila terbit rasa kesunyian dan kesedihan pastinya aku akan cuba semampuku untuk mengisi kesunyian itu dengan berbicara kepada-NYA..Bahagia dihati apabila mencurahkan segalanya,kerana aku percaya serta yakin hanya DIA yang lebih memahami diriku sedalamnya..
Tulus Ingatan Buat Semua Yang Membaca..
-Citra Angrini Alam-



No comments:
Post a Comment