Sunday, 26 February 2012

Happy Sunday



Biasanya bila tiba hujung minggu @ hari Ahad , semua orang bersorak bersuka ria
dan mulalah plan bermacam2 agenda atau aktiviti yang nak dibuat
bersama keluarga , rakan2 atau dengan insan tercinta.
al-maklumlah , hari ahad ni kebiasaanya ramai memnfaatkan hari ini dengan 
sepenuhnya dan sebaik2 mungkin , kerana Isnin menjelang esok dan 
mood bekerja harus di aktifkan semula..ha3..

Tapi hari aku untuk hari Ahad ni sangat pendek...
biasanya hari ahad aku sangat excited plan nak kuar sama ada dengan kawan2
atau mungkin dengan insan tersayang...
tapi hari ni serius kepenatan badan yang teramat sangat dan mood yang tidak seimbang
menyebabkan aku lebih baik berkurung dirumah dan
menghabiskan waktu dengan aktiviti tidur..tidur dan tidur!!!
Yelah , 6 hari bekerja dalam keadaan waktu shift yang tidak menentu kemungkinan besar 
juga telah menyebabkan hormon badan aku juga tidak menentu...
sebab itulah , mind set aku telah menetapkan bahwa
hari ini aku harus berehat sepenuhnya dan tidak melakukan apa-apa aktiviti
yang boleh menyebabkan aku keletihan yang teramat kerana esok,
hari bekerja aku bermula pada jam 9pagi taw...ha3..

Menikmati waktu tidur aku dari pagi sampai ke petang ,  
mungkin juga akan menyebabkan malam ni aku tidak akan tidur kerana badan 
aku sudah "fresh" sekarang ni..yelah da dapat tidur dengan 
lena tanpa ada sebarang gangguan hari ni .. ha3..
Maybe ,, kalau aku xdapat tidur malam ni ..ada kemungkin besar , aku akan
on9 sampai esok pagi ...xpun main games adventure sorg2 ..ha3..atau 
paling mulia aku akan mengaji al-quran., atau baca yassin..
supaya masa yang t.erluang tidak akan terbazir dengan begitu sahaja...

Anyway, aku berharap semoga hari ahad akan datang 
akan menjadi hari ahad yang paling seronok dan memberikan manfaat untuk aku nikmati 
mungkin bersama rakan2ku atau bersama insan tersayang...

Enjoy Ur Sunday With Precious ,

Sharing Is Caring ,
 Lots Of Love -
Citra Angrini Alam


Thursday, 23 February 2012

Hanya Diriku


Perlukah aku merubah diri ini agar dia  bisa menerima aku dalam  kehidupannya?
Perlukah aku berubah untuk menjadi seperti hawa yang diimpikannya?
Perlukah aku berubah hanya kerana aku mencintainya?
Perlukah untuk aku melakukannya?

Tidak ku tahu dimana kurangnya akan diriku....
aku seorang perempuan yang baik..walaupun terkadang kesilapan dan dosa tidak
lari dari diriku yang bernama manusia...
aku seorang perempuan yang berbudi bahasa..walaupun terkadang cara perkapanku ketika
bergurau senda mungkin sedikit terkasar...
aku seorang perempuan yang menjaga kelakuanku ...walaupun terkadang sikapku berubah
ketika sedang marah ...tapi bukankah itu fitrah pada setiap manusia?
aku seorang perempuan yang ada paras rupa..walaupun wajahku bukanlah secantik 
para artis dan pelakon wanita di kaca televisyen..
aku seorang perempuan yang menjaga cara pakaianku....walaupun aku tidak bertudung
namun aku berpakaian sopan dalam menutupi tubuhku dengan baik..
Entah dimana kesilapan dalam diriku..
Engkau tidak ingin menerima diriku jika aku tidak berubah menjadi seperti yang engkau inginkan..
bukankah setiap insan dimuka bumi Allah ini tidak semuanya sempurna...

Aku silap selama ini dalam mengenali dirimu...
sangkaanku meleset jauh sama sekali..
kiranya aku menerima dirimu seadanya ..dan kiranya engkau juga sebaliknya...
tapi ternyata semalam engkau telah menyatakan..
bahawa engkau tidak akan mengambil aku menjadi permaisuri dalam hidupmu..
kerana aku bukanlah seperti Hawa yang engkau impikan selama ini...
Lantas tidak juga engkau tawarkan untuk membimbingku menjadi lebih baik
tetapi hanya kau nyatakan bahawa aku bukanlah ditakdirkan untukmu..

Kusangkakan panas sehingga kepetang..
rupanya hujan ditengahari..
kusangkakan aku adalah insan yang ingin kau sunting..
rupanya  selama ini ku bermimpi disiang hari..

Aku pasrah dan akur dengan permintaanmu
tapi itu tidak bermakna akan aku turuti kemahuanmu...
kerana aku tidak akan berubah hanya kerana ingin hidup bersamamu
kerana aku yakin satu masa nanti jika engkau pergi meninggalkan aku..
sudah tentu aku akan kembali ke diriku yang dulu..
dan sudah tentu aku akan persoalkan akan pengorbananku untuk hidup bersamamu...

Mungkin bukan aku tidak layak untuk hidup bersamamu..
tapi dirimu bukanlah insan yang terbaik untuk hidup bersamaku..
aku hanya bisa menerima insan yang bisa menerima diriku seadanya
sebagaimana aku menerima dirinya seadanya...
perubahan dalam merubah diri menjadi yang lebih baik setiap insan inginkannya
namun perubahan itu harus dilakukan bukan untuk insan lain..
tapi perubahan itu harus kerana diriku sendiri dan kerana DIA Yang Maha Esa..

Sebuah Nukilan  Oleh CAA
Lots Of  Love
-Citra Angrini Alam-
***Hasil Nukilan sendiri dan tidak dibenarkan untuk copy.







Wednesday, 22 February 2012

Saya Sayangkan Abang



Abang, saya sayangkan abang .. terlalu sayangkan abang sehingga melebihi diri sayang sendiri.. Sejak abang hadir dalam hidup sayang, itulah kali pertama sayang belajar erti Cinta. Hadirnya abang dalam hidup sayang memberikan sinar kebahagiaan yang tidak pernah sayang dapat dari sesiapa pun. Abang tahu tak dari hari ke hari , sayang mula merindui abang..hairannya semakin hari semakin rindu kemudian perasaan sayang semakin hari bertambah sehingga tidak dapat diukur bagaimana dalamnya sayang ini terhadap abang. sayang percaya dan yakin abang juga sayang pada sayang..sebab sayang dapat rasakannya pada hati sayang..




Abang, setiap hari kita berjumpa , tidak pernah rasa jemu dan muak hati sayang melihat abang dihadapan sayang. Malahan terubat rasa rindu melihat wajah abang yang redup .. Hati sayang berbunga-bunga bahagia apabila menatap wajah abang walaupun ramai yang katakan wajah abang bengis..tapi pada sayang , sayang rindukan wajah abang setiap saat dan waktu..sebab itu sayang sayang sangat kat abang.. Biarpun orang nak cakap diri abang dengan sayang bagai langit dan bumi, namun pada sayang itu tidak menjadi sedikit kudis pun untuk sayang , apatah lagi untuk merubah hati dan perasaan sayang terhadap abang..abang jangan risau ye, Insyallah hati  dan cinta sayang selamanya hanya untuk abang sahaja. Abang nak tahu , setiap selesai sayang sembahyang, saya pasti akan doakan agar perasaan dan hati sayang serta hubungan kita semakin kukuh dan direstui oleh Allah s.w.t kerana sayang terlalu sayangkan abang , dan sayang takut untuk kehilangan abang dari hidup sayang.. sayang tidak dapat untuk membayangkan bagaimana keadaan sayang jika abang tiada disisi sayang....sayang tiap hari juga berdoa agar DIA melindungi dan menjaga abang ketika abang bekerja dimana sahaja.. kerana sayang yakin hanya DIA yang mampu memerhatikan abang dengan baik disaat berjauhan dari sayang..

Abang , sejak kebelakangan ini ..hati sayang semakin merindui abang..baru abang pergi meninggalkan sayang 10 minit yang lepas, tapi sayang rasakan sudah seperti 10 hari lamanya.. sayang juga kadangkala tiba-tiba mnenangis kerana merindui abang , walhal kita baru berjumpa semalam...kenapa agaknya macam tu ye abang..abang ada rasa tak macam mana yang sayang rasakan? atau ianya hanyalah mainan perasaan sayang..seminggu ini sayang mulai kerap mendekatkan diri kepada DIA , ada masa yang terluang sayang pasti akan membaca al-quran dan membaca novel-novel pemberian dari abang.. masa yang ada sayang tidak bazirkan begitu saja...kerana abang selalu pesan pada sayang jangan suka buang masa...dan sayang ingat pesanan abang itu untuk selamanya..

Awal pagi jumaat yang penuh barakah ini, sayang sudah berjanji untuk berjumpa dengan abang...alhamdulillah abang tiba tidak lama selepas sayang memesan minuman kegemaran abang, teh o kosong. Sesaat abang dihadapan sayang , air mata sayang tiba-tiba menitis jatuh dipipi sayang. Sayang pelik kenapa sayang tiba-tiba mengalirkan airmata tanpa sayang sedari..oh mungkin kerana sayang terlalu gembira dan bahagia dengan kehadiran abang. Abang yang memakai baju berwarna putih kelihatan segak dan sedondon dengan sayang yang memakai baju kurung berwarna putih dan bercorak bunga-bunga kecil . Abang, sayang nak ucapkan terima kasih sebab jumpa sayang pagi ni , sayang nak ucapkan selamat ulangtahun percintaan kita yang ke 3 tahun. Semoga percintaan kita ini akan kekal untuk selamanya dan sayang akan mencintai dan meyayangi abang sehingga ke akhir hayat sayang .. itu janji sayang pada abang.. abang tunggu sekejap disini , sayang nak pergi ambil hadiah untuk abang dalam kereta sayang, sebelum sempat sayang melangkah pergi abang sempat pegang tangan sayang dan ucapkan ' Abang sayang dan cintakan Sayang selamanya' . sayang senyum dan terus melangkah pergi menuju ke kereta sayang.  Sayang terlalu bahagia dan melangkah dengan cepat menuju ke tempat abang , tanpa sayang sedari sebuah kereta laju menghampiri sayang...sayang dapat rasakan seluruh anggota badan sayang pedih dan sakit yang teramat..mata sayang terkebil-kebil mencari kelibat abang...kenapa terlalu ramai orang dihadapan sayang...abang..abang dimana...sayang dapat rasakan tangan abang memegang tangan sayang ...kenapa abang menangis , sayangkan ada depan abang.. abang jangan nangis , sebab sayang tak mahu abang sedih kerana sayang..abang, usaplah airmata yang jatuh dipipi abang kerana sayang tidak mampu untuk melakukannya disaat kini sayang harus pergi menghadap-NYA.. 
selamanya cinta dan sayang ini hanya untuk abang seorang sehingga sayang menhembuskan nafas terakhir sayang...hanya abang yang sayang cintai..

Sebuah Karya Pendek Oleh CAA
Lots Of Love , 
<Citra Angrini Alam>

Sunday, 12 February 2012

Cerita Dari Hati


Jam da kul 2.30 pagi.. 
walaupun pagi ni aku harus bekerja seawal 7 pagi, namun entahlh kenapa mata ni terlalu degil untuk terpejam.. ligat benar fikiranku malam ini untuk mencurahkan cerita hatiku dalam blog ini , walaupun sudah sekian lama aku menyepikan diri..
menghadap notebook dan desktop dirumah hampir seharian ini memberikanaku sedikit ketenangan dihari aku bercuti selama sehari dari bekerja..termenung aku seketika mengimbau kenangan2 tahun lepas , arghh terlalu banyak yang pahit utk ku ingati..akhirnya aku padam ia sekelip mata..utk apa aku mengingati kisah2 silam yang pahit jika kenangan manis itu lebih baik utk dikenang walaupun ia sekecil kuman..namun ia tetap manis utk dikenang..

Tak dapat aku nafikan begitu lama aq menyepikan diri dari bergaul
dengan rakan2 difacebook mahupun diluar..entahlah, mungkin aku mencari waktu
yang sesuai untuk menyesuaikan diri bagi keadaan diriku ini yang masih 'baru' lagi..
Bagaikan mimpi tiap kali aku memikirkan semua itu, namun walau pahit 
macam mana sekalipun ia tetap kenyataan yang harus aku terima..
satu yang aku semakin pasti..aku merindukan diriku yang dulu..
walau acap kali aku mencuba untuk menerima keadaan dan kehidupan yang baru namun 
jauh disudut hati , pintu hati aku tertutup rapat untuk menerima ...sukar kan..
tapi hanya yang merasakan dan mengalami keadaan mcm mana yang aku alami ni akan mengerti dengan sebenar2 pengertian..

Kadangkala apa yang kita nampak diluar, tidak sama dengan apa yang ada didalam..
itulah gambaran utk diriku saat ini..diluar aku menjadi seorang yang cuba menceriakan suasana sekeliling..namun hakikatnya hanya Allah s.w.t. bagaimana 
hati dan jiwa ini sebenarnya.. bukan niat untuk menjadi hipokrit atau 2 personaliti..tapi aku rasa tidak wajar untuk aku mempamerkan kesedihanku kepada insan2 disekeliling yang cuba untuk menikmati kegembiraan yang ada..

aku bersyukur atas kehidupan yang aku jalani sekarang...aku merasa tenang walaupun
bersendirian..dan perkara itu tidak menghalang aku untuk meneruskan rutin harian hidupku seperti biasa..apabila terbit rasa kesunyian dan kesedihan pastinya aku akan cuba semampuku untuk mengisi kesunyian itu dengan berbicara kepada-NYA..Bahagia dihati apabila mencurahkan segalanya,kerana aku percaya serta yakin hanya DIA yang lebih memahami diriku sedalamnya..



Tulus Ingatan Buat Semua Yang Membaca..
-Citra Angrini Alam-