Tuesday, 9 August 2011

AIR MATA CINTA UNTUK MU..


Air Mata Cinta mengalir lagi...
ketika ku panjatkan doa kepada Yang Maha Esa...
memohon keampunan diatas segala dosa2 yang telah ku lakukan..
memohon keampunan diatas 
segala keterlanjuran kata2 yang telah kuucapkan...
memohon keampunan atas
 kekhilafan kusebagai hamba-Nya yang lemah..


Syukur Alhamdulillah 
Hatiku kembali tenang dan tenteram..
.Usai membaca Al-Quran..
Terima kasih Ya Allah 
kerana Engkau masih memberikan
ku peluang untuk merasai ketenangan-Mu itu..

Acap kali ku merasa sedih dan kecewa,
tatkala itu pasti aku akan merasa 
begitu dekat kepada-Nya..
Mungkin itulah sebabnya mengapa DIA selalu
menguji kita dengan pelbagai kesusahan dan kesedihan
lebih banyak daripada kesenangan dan kegembiraan
agar kita lebih mengingati-NYA dan lebih dekat
kepada-NYA..

Masha-Allah
Engkau telah menjagaku sejak ku dilahirkan didunia ini..
sehinggalah aku
 menghembuskan nafasku yang terakhir nanti..
Engkau mencintaiku tanpa jemu dan henti, tiap saat dan tiap waktu..
tanpa mengira betapa besar cintaku pada-Mu
Dan,
ketika aku alpa dan lalai terhadap-Mu..
Engkau pasti akan mengingatkanku dengan pelbagai
perkara yang tidak terlintas difikiran ini...
Begitu besarny cinta-Mu padaku yang kerdil ini...

Terima Kasih Ya Allah kerana CINTAMU 
yang begitu Suci dan Murni
yang telah Engkau kurniakan
kepada Hamba-Mu yang kerdil dan tidak bermaya ini...
Cinta Mu adalah yang kekal abadi untukku
selamanya dan tiada galang gantinya
kerana adanya aku dimuka bumi ini adalah kerana
Engkau Yang Maha Esa..

Insya-Allah ,
Ku labuhkan Cintaku hanya Untuk -MU
Dunia dan Akhirat dan Selamanya..














Thursday, 4 August 2011

Cinta Sempurna


Mesti u all pelik kenapa i nak berkongsi cerita dengan u all semua
mengenai Cinta Sempurna..
Mesti ada dikalangan u all yang sudah merasakan Cinta sempurna 
atau masih ada yang mencari2 dimana kesempurnaan Cinta itu..
Actually, setahu i cinta kita sesama manusia ni tidak pernah sempurna
begitu juga cinta kita terhadap Pencipta kita .. namun yang i
yakin dan pasti hanya Cinta Pencipta untuk kita sentiasa sempurna dan kekal
abadi untuk selamanya...
Ok, i just nak share dengan u all semua mengenai perjalanan i untuk mencari
Cinta Sempurna walaupun i tahu cinta kita sesama manusia 
tidak akan pernah sempurna..he3


U all semua tahu kan yang 
Hidup sendiri tanpa pasangan mesti terasa sunyi dan sepi..
walaupun kita ada rakan2 dan keluarga serta sanak saudara, 
tapi tanpa pasangan disisi kehidupan kita belum lengkap sepenuhnya...
Oleh yang demikian , langkah pertama i kena cari pasangan hidup i sendiri..
Macam lagu dari band wali tu 'Cari Jodoh' he3..
Tapi jangan salah anggap yang bila perempuan ni cari jodoh mcm
perigi cari timba pulak..istilah tu dalam kamus 
hidup i memang tidak ada..yang i tahu jodoh xkkan 
datang bergolek kalau kita tidak berusaha untuk 
mencarinya..dalam kehidupan ni semuanya kita harus berusaha
untuk mencarinya..setiap yang kita inginkan tidak akan datang 
bergolek depan mata tanpa usaha dari kita..
ingat taw..


Ha..Lelaki macam mana yang agakanya u all
rasa i ingin jadikan sebagai suami i satu hari nanti?
Actually , i ni bukan jenis yang memilih atau cerewet
dalam memilih pasangan hidup..
bukan juga bermakna i ni asal 'boleh aje' tapi
Pertama, i menerima seseorang lelaki yang i nak jadikan suami itu
dengan seadanya siapa dirinya...
Itu yang lebih i utamakan dan yang keduanya adalah mengenai
pegangan agamanya juga harus kukuh..
Dan yang ketiganya adalah pekerjaan dan kehidupannya yang sederhana..
hanya 3 perkara itu sahaja yang i sentiasa
impikan untuk bakal suami i satu masa nanti..macam mana ok x..heheh


I ni bukan Jenis suka bercinta cintun lama2 nie, 
I lagi suka kalau dengan serius
pihak keluarga lelaki datang masuk merisik,
untuk lebih pasti sahaja , kalau2 i ni masih belum berpunya
dan boleh untuk dilamar la katakan..he3..
yelah , perkara baik xbaik dilambat2kan..itu kata orang tua dulu2
dan untuk mengelakkan jadi fitnah orang2 sekeliling..mcm tulah..
Selepas merisik dah confirm xde masalah, apa yang 
nak ditunggu lagi..pinang ajer sekali gus kan memudahkan
lagi perkara yang tersirat..hehe


Yang seronoknya ni, kalau dah jadi tunang orang ni
i kenalah ingat2 status dah bukan single mingle lagi...
hahah..dan haram hukumnya jika ada orang nak masuk
meminang taw..seperti dalam Riwayat Bukhari
"Seorang laki-laki tidak boleh meminang pinangan laki-laki lain, sehingga peminang pertama itu meninggalkan (membatalkan) atau mengizinkannya." 

I kalau tunang xnak lama2..
yelah pengalaman lepas2 dah ada..jadi mudah2an
dijadikan peringatan pada diri sendiri
untuk tidak mengulanginya sekali lagi..


Inilah saat yang paling i tunggu2 dalam hidup i selama ni..
sebuah perkhawinan diantara dua insan yang 
sama2 meredhai dan menerima diri2 masing seadanya..
berjanji untuk bersama mengharungi kesenangan
dan kesusahan hidup bersama-sama..
Indahnya hidup apabila kita sudah yakin bahawa 
kita sudah menjadi miliknya dengan pastinya..





Bila i sudah bergelar sebagai seorang isteri, i yakin dan pasti
Cinta itu pasti akan hadir dan hanya layak diberikan
 kepada seorang insan bergelar
suami dalam hidupku..kehidupan i yang dulu kini tidak
akan kesunyian lagi..

Insyallah i akan menjadi insan yang bahagia disamping 
suami yang tercinta


Masa2 yang ada dinikmati bersama insan tercinta di sisi..

 segala suka duka , keluh kesah ada yang sudi mendengarnya..


Sejauhmana i berjalan , i yakin ada yang menemani sentiasa...

Dan i mengimpikan kehidupan bersama
anak2 i yang comel2 dan kiut miut 
bersama dengan insan tercinta... anak2 ni hadirnya 
dalam hidup adalah penyeri 
dalam kehidupan rumahtangga..barulah lengkap
kehidupan yang dinamakan Keluarga..


I nak didik anak2 i satu hari nanti menjadi anak2 yang 
soleh dan solehah serta bijak pandai...
o


I sentiasa mengimpikan untuk membina sebuah
Keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah...
Amin Ya Rabbal Alamin..



Dan pada penghujungnya , i akan menjadikan
diri i seorang isteri dan ibu yang solehah dan penyayang, 
kepada suami dan anak2 tercinta..
disamping i akan memperbaiki segala kelemahan 
dan kekurangan dalam diri untuk mencapai keredhaan
ILAHI..



Inilah Cinta Sempurna yang akan i cari
       Insyallah 
Semoga kebahagian itu akan menjadi milik i untuk selamanya...
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

-Thank Pada U Alls Yang Sudi Baca-
By
Citra Angrini Alam