Tuesday, 9 August 2011

AIR MATA CINTA UNTUK MU..


Air Mata Cinta mengalir lagi...
ketika ku panjatkan doa kepada Yang Maha Esa...
memohon keampunan diatas segala dosa2 yang telah ku lakukan..
memohon keampunan diatas 
segala keterlanjuran kata2 yang telah kuucapkan...
memohon keampunan atas
 kekhilafan kusebagai hamba-Nya yang lemah..


Syukur Alhamdulillah 
Hatiku kembali tenang dan tenteram..
.Usai membaca Al-Quran..
Terima kasih Ya Allah 
kerana Engkau masih memberikan
ku peluang untuk merasai ketenangan-Mu itu..

Acap kali ku merasa sedih dan kecewa,
tatkala itu pasti aku akan merasa 
begitu dekat kepada-Nya..
Mungkin itulah sebabnya mengapa DIA selalu
menguji kita dengan pelbagai kesusahan dan kesedihan
lebih banyak daripada kesenangan dan kegembiraan
agar kita lebih mengingati-NYA dan lebih dekat
kepada-NYA..

Masha-Allah
Engkau telah menjagaku sejak ku dilahirkan didunia ini..
sehinggalah aku
 menghembuskan nafasku yang terakhir nanti..
Engkau mencintaiku tanpa jemu dan henti, tiap saat dan tiap waktu..
tanpa mengira betapa besar cintaku pada-Mu
Dan,
ketika aku alpa dan lalai terhadap-Mu..
Engkau pasti akan mengingatkanku dengan pelbagai
perkara yang tidak terlintas difikiran ini...
Begitu besarny cinta-Mu padaku yang kerdil ini...

Terima Kasih Ya Allah kerana CINTAMU 
yang begitu Suci dan Murni
yang telah Engkau kurniakan
kepada Hamba-Mu yang kerdil dan tidak bermaya ini...
Cinta Mu adalah yang kekal abadi untukku
selamanya dan tiada galang gantinya
kerana adanya aku dimuka bumi ini adalah kerana
Engkau Yang Maha Esa..

Insya-Allah ,
Ku labuhkan Cintaku hanya Untuk -MU
Dunia dan Akhirat dan Selamanya..














Thursday, 4 August 2011

Cinta Sempurna


Mesti u all pelik kenapa i nak berkongsi cerita dengan u all semua
mengenai Cinta Sempurna..
Mesti ada dikalangan u all yang sudah merasakan Cinta sempurna 
atau masih ada yang mencari2 dimana kesempurnaan Cinta itu..
Actually, setahu i cinta kita sesama manusia ni tidak pernah sempurna
begitu juga cinta kita terhadap Pencipta kita .. namun yang i
yakin dan pasti hanya Cinta Pencipta untuk kita sentiasa sempurna dan kekal
abadi untuk selamanya...
Ok, i just nak share dengan u all semua mengenai perjalanan i untuk mencari
Cinta Sempurna walaupun i tahu cinta kita sesama manusia 
tidak akan pernah sempurna..he3


U all semua tahu kan yang 
Hidup sendiri tanpa pasangan mesti terasa sunyi dan sepi..
walaupun kita ada rakan2 dan keluarga serta sanak saudara, 
tapi tanpa pasangan disisi kehidupan kita belum lengkap sepenuhnya...
Oleh yang demikian , langkah pertama i kena cari pasangan hidup i sendiri..
Macam lagu dari band wali tu 'Cari Jodoh' he3..
Tapi jangan salah anggap yang bila perempuan ni cari jodoh mcm
perigi cari timba pulak..istilah tu dalam kamus 
hidup i memang tidak ada..yang i tahu jodoh xkkan 
datang bergolek kalau kita tidak berusaha untuk 
mencarinya..dalam kehidupan ni semuanya kita harus berusaha
untuk mencarinya..setiap yang kita inginkan tidak akan datang 
bergolek depan mata tanpa usaha dari kita..
ingat taw..


Ha..Lelaki macam mana yang agakanya u all
rasa i ingin jadikan sebagai suami i satu hari nanti?
Actually , i ni bukan jenis yang memilih atau cerewet
dalam memilih pasangan hidup..
bukan juga bermakna i ni asal 'boleh aje' tapi
Pertama, i menerima seseorang lelaki yang i nak jadikan suami itu
dengan seadanya siapa dirinya...
Itu yang lebih i utamakan dan yang keduanya adalah mengenai
pegangan agamanya juga harus kukuh..
Dan yang ketiganya adalah pekerjaan dan kehidupannya yang sederhana..
hanya 3 perkara itu sahaja yang i sentiasa
impikan untuk bakal suami i satu masa nanti..macam mana ok x..heheh


I ni bukan Jenis suka bercinta cintun lama2 nie, 
I lagi suka kalau dengan serius
pihak keluarga lelaki datang masuk merisik,
untuk lebih pasti sahaja , kalau2 i ni masih belum berpunya
dan boleh untuk dilamar la katakan..he3..
yelah , perkara baik xbaik dilambat2kan..itu kata orang tua dulu2
dan untuk mengelakkan jadi fitnah orang2 sekeliling..mcm tulah..
Selepas merisik dah confirm xde masalah, apa yang 
nak ditunggu lagi..pinang ajer sekali gus kan memudahkan
lagi perkara yang tersirat..hehe


Yang seronoknya ni, kalau dah jadi tunang orang ni
i kenalah ingat2 status dah bukan single mingle lagi...
hahah..dan haram hukumnya jika ada orang nak masuk
meminang taw..seperti dalam Riwayat Bukhari
"Seorang laki-laki tidak boleh meminang pinangan laki-laki lain, sehingga peminang pertama itu meninggalkan (membatalkan) atau mengizinkannya." 

I kalau tunang xnak lama2..
yelah pengalaman lepas2 dah ada..jadi mudah2an
dijadikan peringatan pada diri sendiri
untuk tidak mengulanginya sekali lagi..


Inilah saat yang paling i tunggu2 dalam hidup i selama ni..
sebuah perkhawinan diantara dua insan yang 
sama2 meredhai dan menerima diri2 masing seadanya..
berjanji untuk bersama mengharungi kesenangan
dan kesusahan hidup bersama-sama..
Indahnya hidup apabila kita sudah yakin bahawa 
kita sudah menjadi miliknya dengan pastinya..





Bila i sudah bergelar sebagai seorang isteri, i yakin dan pasti
Cinta itu pasti akan hadir dan hanya layak diberikan
 kepada seorang insan bergelar
suami dalam hidupku..kehidupan i yang dulu kini tidak
akan kesunyian lagi..

Insyallah i akan menjadi insan yang bahagia disamping 
suami yang tercinta


Masa2 yang ada dinikmati bersama insan tercinta di sisi..

 segala suka duka , keluh kesah ada yang sudi mendengarnya..


Sejauhmana i berjalan , i yakin ada yang menemani sentiasa...

Dan i mengimpikan kehidupan bersama
anak2 i yang comel2 dan kiut miut 
bersama dengan insan tercinta... anak2 ni hadirnya 
dalam hidup adalah penyeri 
dalam kehidupan rumahtangga..barulah lengkap
kehidupan yang dinamakan Keluarga..


I nak didik anak2 i satu hari nanti menjadi anak2 yang 
soleh dan solehah serta bijak pandai...
o


I sentiasa mengimpikan untuk membina sebuah
Keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah...
Amin Ya Rabbal Alamin..



Dan pada penghujungnya , i akan menjadikan
diri i seorang isteri dan ibu yang solehah dan penyayang, 
kepada suami dan anak2 tercinta..
disamping i akan memperbaiki segala kelemahan 
dan kekurangan dalam diri untuk mencapai keredhaan
ILAHI..



Inilah Cinta Sempurna yang akan i cari
       Insyallah 
Semoga kebahagian itu akan menjadi milik i untuk selamanya...
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

-Thank Pada U Alls Yang Sudi Baca-
By
Citra Angrini Alam






Wednesday, 27 July 2011



Assalamualaikum Semua..

Alhamdulillah syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpahan kurniaan-Nya dapat 
saya berkongsi kepada anda hari ini mengenai tanggungjawab kita
sebagai umat islam untuk menunaikan salah rukun islam ke-3 kita, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan..
Bercakap mengenai  Bulan Ramadhan ni kan ,
terasa begitu tenang dan mudah segala perkataan tersusun untuk diperkatakan 
dan diceritakan kepada anda semua..
Bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, semoga kita semua 
menjadikan bulan ini sebagai peluang keemasan untuk kita semua menginsafi 
diri kita dan memperbaiki lagi diri kita kearah mencapai keredhaan ILAHI..
semoga dengan peluang yang diberikan dapat menjadikan diri kita
insan yang lebih baik daripada sebelumnya,
dan agar kita semua memperolehi ganjaran dari-NYA 
untuk bekalan kita didunia dan diakhirat kelak...(Amin Ya Rabbal Alamin)

Selain itu, 
bulan puasa ni juga, selain kita menginsafi diri kita
kita juga harus belajar untuk mensyukuri segala nikmat dan rezeki yang 
dikurniakan Allah s.w.t sejak kita dilahirkan didunia ini..
sehinggalahkita masih diberikan nafas ketika ini...
manfaatkanlah erti kesyukuran yang sebenar dalam diri kita 
Insya-allah , kebaikan pasti akan datang buat kita..

Mari kita amalkan doa kesyukuran ini untuk 
menjadi amalan kita seharian..


اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

(“ Yaa Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, 
bersyukur kepada-Mu, 
serta memperbaiki (kualitas) ibadahku kepada-Mu.”)
(HR. Abu Dawud, dengan sanad shahih –riyadhusshalilhin, hal 488)

Dan yang paling penting dalam Bulan Ramadhan
ini adalah Kesabaran dalam diri kita...
Kita sentiasa bercakap tentang sabar itu dan sabar ini..
tapi hakikatnya kita sebagai manusia yang mempunyai banyak kelemahan dalam diri
tidak lari dari lalai untuk menahan kesabaran kita..apatah lagi
apabila Amarah mula menguasai hati dan akal fikiran kita..
Oleh itu, mari kita sama2 amalkan doa dibawah ini
agar kita sentiasa limpahi dengan kesabaran
yang tinggi dalam diri kita untuk menjadi insan yang lebih
sabar dalam menghadapi ujian dari Allah s.w.t...

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu” [Al A'raaf 126]..

Syukur Alhamdulillah
Segala Ilmu yang ingin dikongsikan untuk dijadikan renungan kita bersama 
dapat saya sampaikan dengan lancar sepenuhnya
Semoga kita semua dapat memperbaiki lagi
diri kita menjadi muslimin dan muslimah yang terbaik dalam pandangan ILAHI
..Insya-Allah..
Kesempatan ini , saya ingin mengucapkan
Selamat menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadhan,
kepada anda semua...

- Wassallam -





Sunday, 24 July 2011

Sekapur Sirih..

 Assalamualaikum w.b.t

Thanks i ucapkan kepada u all yang sudi menjenguk sebentar di blog i nie.
i masih lagi belajar bagaimana cara2 utk memperbaiki lagi blog ni utk ketahap yang lebih baik..
sekarang , bolehlah luangkan waktu2 yang kosong dgn mengisi perkara2 yang bermanfaat dlm blog ni utk di kongsikan bersama u all semua. 


Ha inilah Saye...CITRA ANGRINI ALAM a.K.a iRa..

Mesti korang pelik kan..coz pada sape yang dah mengenali i  dilaman facebook i dengan nama
"Chienta Untuk Aleya" atau " Nur Tasha Aleya" , mesti tertanya2 
nama CITRA ANGRINI ALAM tu plak saper yer??? he3..
Actually CITRA ANGRINI ALAM
 tu adalah nama i yang sebenar tertera dalam Mykad..he3.. 
dan nak tahu siapa Nur Tasha Aleya tuer?

Let's Check it Out..he3


haa..inilah wajah2 comel empunya nama 
Siti Nur Tasha Aleya


atau panggilan manjanya Tasha


 _Siti Nur Tasha Aleya _
(14/06/2009)

Tasha , puteri cilik yang manja yang juga merupakan
buah hati i sejak 2 tahun yang lepas
sehinggalah ke sekarang..sekarang ni tasha da berusia 2 tahun 1 bulan..
so , hope u all dh dapat jawapan yer..jgn keliru ea..he3. 
ok till here for the first talk..thnk u very much u all sudi baca blog i..

Lots Of Love, 
- Miss iRa -